Kelas Digital Scratch

10 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

9 Ogos 2020 – Pusat Ekonomi Digital Sg Lui telah mengadakan Kelas Scratch : Kelas digital yang bertempat di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Sg Lui. Seramai 2 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah menyertai kelas. Kelas ini bermula pada pukul 3 petang sehingga 4 petang. Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dalam menggunakan Scratch membina permainan menggunakan Scratch.

Ianya akan menarik minat di kalangan pelajar sekolah rendah. Antara pengisian aktiviti kelas ini ialah pengenalan Scratch, cara-cara menaip, fungsi-fungsi asas papan kekunci, fungsi-fungsi asas Scratch dan cara memasukkan gambar. Di akhir kelas, peserta diberi taklimat Advokasi Maklumat Palsu dan Scam dan juga permainan KDB “Perasaan” dimana ianya dapat memberikan pengajaran dan cara-cara pencegahan daripada dibuli di alam siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali